MARA dan UniKL diarah tangguh tajaan

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya penajaan dalam bentuk pendidikan dibenarkan manakala sebarang bentuk penajaan lain perlu dikaji terlebih dahulu.

“Buat sementara waktu, saya arahkan tangguh dahulu sebarang penajaan bagi 2017,” katanya selepas menyerahkan surat tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM) kepada Aliyah Maisara Md Akhir di PPR Jalan Jelatik di ibu negara pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menulis di Facebook semalam mendakwa seorang Tan Sri yang tidak dinamakan telah memaksa MARA dan entitinya menaja The Red Warriors (TRW) yang berjumlah RM700,000.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia