Khabar angin mengatakan sekiranya Mansor bertukar bertanding di kerusi DUN, berkemungkinan besar beliau adalah calon Timbalan KM I yang telah diputuskan dalam PKR.
Mansor yang juga Pengerusi PKR negeri berasa yakin bahawa rundingan pembahagian kerusi antara PKR dan DAP tidak akan menjadi masalah kerana masing-masing tidak akan menuntut tambahan kerusi, maka parti itu akan kekal bertanding di 16 kerusi.
Beliau juga berpendapat PRU kali ini akan memberi keuntungan kepada PH dan PKR disebabkan pentadbiran kerajaan BN yang muncul mengalami penyelewengan serius seperti skandal 1MDB, isu rasuah, kenaikan harga minyak dan barangan yang telah menyebabkan kebencian rakyat kepada kerajaan sedia ada.
Selain itu, Mansor juga meramalkan dalam PRU14, PH boleh memenangi tujuh hingga lapan kuasa pentadbiran negeri. Oleh kerana respons PKR di negeri Johor, Kedah, Perak dan Pahang adalah baik, maka beliau percaya bahawa parti itu boleh menang di negeri-negeri tersebut. – Kwong Wah Yit Poh