Mangsa banjir meningkat 250 orang di Hulu Terengganu

Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Left Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata dua pusat pemindahan baharu turut dibuka iaitu di Surau Kampung Hulu Lerek yang menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

“Satu lagi pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Chenerong Leban, Durian Kassim yang menempatkan tujuh mangsa daripada tiga keluarga,” katanya kepada Bernama.

Che Adam yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata satu pusat pemindahan yang dibuka awal pagi tadi di Balairaya Kampung Bukit Kolam turut mencatat sedikit peningkatan iaitu 25 orang daripada lapan keluarga.

“Pusat pemindahan di Surau Kampung Bukit Ara pula kekal dengan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat pukul 12 tengah hari ini iaitu 170 mangsa daripada 35 keluarga. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia