Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Terengganu, Rusmi Mahmood ketika dihubungi Bernama berkata setakat pukul 4 petang tadi penambahan mangsa berlaku di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik di Kemaman menjadikan jumlah keseluruhan ialah 281 mangsa daripada 70 keluarga.

“Di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong pula, jumlah mangsa ialah 34 orang daripada enam keluarga dan lima sekeluarga ditempatkan di Balai JKKK Kampung Titian Berayun di mana jumlah mangsa di dua pusat pemindahan ini kekal seperti tengah hari tadi.

“Bagaimanapun, di Kuala Terengganu jumlah mangsa semakin berkurangan iaitu dua sekeluarga di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek dan tujuh daripada tiga keluarga mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chendering,” katanya.

Katanya, tiada sebarang jalan ditutup kepada kenderaan ringan setakat ini.–Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia