Mangsa banjir di Pahang kembali meningkat

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang, Zainal Yusoff berkata, daerah Lipis masih mencatatkan pemindahan paling ramai melibatkan 2,395 orang daripada 652 keluarga.

Beliau berkata Jerantut mencatatkan seramai 1,200 orang daripada 366 keluarga diikuti Rompin (1,001 orang daripada 277 keluarga), Temerloh (913 orang daripada 224 keluarga), Kuantan (548 orang daripada 119 keluarga).

“Pekan (496 orang daripada 114 keluarga), Maran (310 orang daripada 93 keluarga), Raub (227 orang daripada 65 keluarga) dan Bera (96 orang daripada 25 keluarga),” katanya.

Sementara itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka turut bertambah kepada 115 buah berbanding 102 sebelum ini dengan Lipis merekodkan jumlah PPS paling banyak iaitu 29 buah.

Di Temerloh, terdapat 25 PPS, Jerantut (18), Raub (sembilan), Pekan (lapan), Bera (tujuh), Rompin (tujuh), Kuantan (enam) dan Maran (enam). – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia