Mangsa amuk kini stabil

Perkara itu disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din turut mengulas mengenai keadaan dua beradik berkenaan meskipun masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Melaka.

Katanya Noor Haslinda Diyana Hassan, 26, dan Nuraqedah Aeina Hassan, 24, sedang dipantau rapi oleh pihak pakar perubatan.

“Saya dimaklumkan adik-beradik tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang dipantau rapi oleh doktor,” katanya pada Jumaat dengan memetik kenyataan mStar Online.

Terdahulu, dalam kejadian pada awal pagi Khamis, tiga sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah mereka di Jalan Sidang Daif Kampung Bertam Malim pada pukul 6 pagi.

Polis berjaya menahan suspek berusia 26 tahun di Masjid Bukit Rambai selepas lima jam pembunuhan tersebut berlaku dan suspek ditahan reman selama seminggu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia