Mana ‘telur’ pemimpin dalam isu Dr Zakir Naik, soal Ridhuan Tee

Ridhuan dalam tulisan terbarunya di Sinar Online berkata, terdapat sesetengah pemimpin yang kecut perut ekoran tentangan komuniti bukan Islam terhadap siri jelajah ceramah yang menampilkan Dr Zakir sehingga menggelabah dan memberikan pelbagai alasan.

“Terbaharu, jelajah Dr Zakir Naik, bermula di Terengganu, ditentang oleh bukan Islam, sehingga ada kalangan pemimpin kita yang menjadi kecut dan menggelabah, dengan memberi bermacam-macam alasan seperti beliau datang atas kapasiti sendiri, dengan kos sendiri.

“Kenapa kita perlu takut? Telur letak di mana? Jawab sahaja, kami jemput dia, sebab dia bercakap benar dan orang hebat. Kenapa berdolak-dalik?

“Kenapa menjadi begitu apologetik? Apa hak bukan Islam untuk campur tangan urusan agama kita, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka walaupun kadangkala mengganggu?” katanya, memetik tulisannya yang disiarkan SInar Online.

“Pernahkah kita bising dengan asap colok dan lautan manusia setiap kali tiba musim perayaan mereka sehingga sesak bandar raya? Ultra kiasu melabel Dr Zakir sebagai syaitan. Siapa syaitan sebenarnya?”

Ridhuan berkata, komuniti bukan Islam di negara ini juga tidak seharusnya mencampuri urusan umat Islam dan keistimewaannya harus dihormati oleh agama-agama lain.

“Jangan campur tangan dalam urusan agama kami. Islam adalah agama Persekutuan. Keistimewaan Islam mesti diiktiraf oleh semua warga Malaysia.

“Yakinlah, kerana Islamlah, kamu berada dalam keadaan selamat di negara ini. Ajaran Islam telah mendidik dan melembut hati Melayu untuk menerima bukan Islam di negara ini, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara lain. Bilangan yang diterima begitu ramai. Kenapa tidak disyukuri nikmat ini sehingga menjadi sangat ultra kiasu,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam juga tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal agama bukan Islam.

“Pernahkah kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan kuil-kuil mereka serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak, kerana kita terlalu bersangka baik.

“Di India, kutipan atau derma kuil dipantau oleh kerajaan dan boleh menjadi hak milik kerajaan,” katanya.

Ridhuan berkata, sebenarnya tedapat segelintir pihak yang merasakan anutan agamanya terancam kerana terdaoat segelintir individu yang memeluk Islam selepas berdialog dengan Dr Zakir.

“Sebenarnya ada yang berasa takut agama mereka terancam. Ramai yang memeluk agama Islam selepas berdialog dengan Dr Zakir. Dr Zakir hanya menceritakan perkara benar. Asal-usul agama besar di dunia ini tidak menyembah berhala. Siapa yang berani menafikan fakta ini?

“Jika tidak bersetuju dengan Dr Zakir, berdebatlah dengan beliau. Saya amat yakin beliau akan menerima dengan penuh hikmah,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia