Malaysia tidak akan mampu bayar hutang jika asyik meminjam, kata Dr Mahathir

Malaysia tidak akan lagi mampu untuk membayar jumlah hutangnya yang besar dengan budaya meminjam yang diamalkan Perdana Menteri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu berkata, kos keseluruhan hutang yang terpaksa ditaanggung kerajaan membabitkan pembinaan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bakal menelan belanja sebanyak RM55 bilion, dan kos Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura sebanyak RM50 bilion, bersama hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijamin kerajaan dianggarkan meningkat sebanyak RM53 bilion bakal menyaksikan hutang Malaysia hampir RM200 bilion.

“Meminjam daripada sumber asing akan menyebabkan pengeluaran keluar duit Malaysia dalam bentuk pembayaran. Dengan kadar faedah pembayaran hutang ECRL sebanyak RM55 bilion ia akan menjadi RM90 bilion. Jadi akan berlaku pengeluaran wang ringgit yang besar selama bertahun-tahun untuk membayar hutang dan pinjaman kepada kontraktor asing,” kata Dr Mahathir, memetik laman blog miliknya, www.chedet.cc, hari ini.

Tambahnya lagi, pinjaman itu akan menyaksikan pembayaran melalui ASD dan Yuan dan dengan kejatuhan nilai ringgit, jumlah hutang kerajaan akan meningkat melebihi RM200 bilion.

“Malaysia bakal dibelenggu hutang tambahan yanng besar. Jika pembayaran dibuat dengan menjual aset kerajaan, sejumlah besar tanah berharga di Malaysia akan dimiliki warga asing.

“Pemberi pinjaman biasanya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminjam. Kita sudah ihat apa yang berlaku kepada Greece. Negara itu kini dikawal institusi yang memberi pinjaman kepada mereka. Nilai matawang akan jatuh degan teruk,” katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, situasi berkenaan bakal menyaksikan rakyat menjadi miskin.

“Selepas 60 tahun ekonomi Malaysia berkembang, ia akan kembali menjadi negara miskin membangun disebabkan sikap suka meminjam kerajaan.

“Lupakan Wawasan 2020. Malaysia akan terpaksa memohon bantuan dan negara yang bergantung kepadabantuan akan kehilangan kemerdekaan mereka,” katanya.

“Kita tidak akan mampu membayar kembali hutang-hutang kita. Tidak kira kepada China atau mana-mana negara. Jika kita gagal membayar semula hutang kita akan diisytiharkan muflis.”

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri