Malaysia tamatkan keanggotaan PBB

Penamatan keanggotaan tersebut diumumkan melalui satu majlis resepsi di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di New York yang telah dihoskan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Anifah Aman.

“Sepanjang dua tahun lepas (2015-2016), Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif penting, termasuk melindungi kanak-kanak daripada penculikan di dalam situasi konflik bersenjata; ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran kepada pelaku bukan negara; isu Palestin; pembinaan keamanan di negara-negara pasca konflik; dan kesan pelbagai perubahan iklim terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Malaysia amat berpuas hati apabila inisiatif-inisiatif negara ini telah diterima baik oleh semua pihak sama ada di dalam atau di luar PBB,” memetik kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Jumaat.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Othman Hashim.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri