Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Macau

Walaupun menguasai permainan pada separuh masa pertama, anak buah Datuk Ong Kim Swee gagal membolosi gawang Macau, yang berada di ranking lebih rendah dari Malaysia.

Peluang terbaik Harimau Malaysia pada separuh masa pertama hadir pada minit ke-37 hasil hantaran Matthew Davies kepada Mohd Nazrin Mohd Nawi, namun rembatan Mohd Nazrin terkena tiang.

Bersambung babak kedua, Malaysia memperoleh banyak peluang menjaringkan gol, namun ketumpulan jentera serangan negara diterajui Norshahrul Idlan Talaha, menafikan segala peluang terhidang.

Pemain tengah negara Mohd Hafiz Kamal yang dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Muhammad Nazmi Faiz Mansor, hampir memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma pada minit ke-78, namun ketangkasan penjaga gol Macau, Ho Man Fai menghampakan pasukan tuan rumah.

Man Fai sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menepis tandukan ketua pasukan Malaysia, Mohd Amri Yahyah.

Mohd Hafiz sekali lagi kecewa apabila sepakan percumanya pada minit akhir permainan terkena palang.

Ketua Jurulatih Macau Tam Lao San dan pemainnya jelas gembira dengan keputusan itu kerana pasukan berkenaan yang berada di ranking ke-195 dunia, berjaya mengikat Malaysia yang berada di kedudukan ke-166 dunia. – MStar

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2