Katanya “kita telah ambil banyak pengajaran dan kita sekarang sedang bergerak ke depan”, daripada dakwaan skandal melibatkan ramai tokoh, termasuk ahli politik yang mencuri perhatian dunia.
“Pada dasarnya kita perlu bergerak ke depan dan kita yakin isu-isu yang muncul daripada 1MDB pada suatu tahap, akan kita tinggalkan.
“Kita ada pihak berkuasa yang mencari siapa yang bertanggungjawab mewujudkan masalah ini.
“Undang-undang akan selesaikannya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh AFP ketika ditemui dalam Forum Ekonomi Dunia di Switzerland.
1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ditubuhkan pada 2009, sedang disiasat di sekurang-kurangnya 10 negara.
Ini susulan dakwaan salah guna dana, yang antara lain melibatkan pembelian karya seni, harta tanah dan melabur dalam filem Hollywood.
Wang itu juga didakwa mengalir ke dalam kantung peribadi Najib. Perdana menteri bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.
Di Singapura, beberapa individu dihukum penjara dan didenda susulan kaitannya dengan dakwaan skandal itu.
Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Kehakiman (DOJ), telah memulakan saman sivil untuk mendapatkan semula wang yang didakwa disalah guna.
Di Malaysia bagaimanapun, tiada seorang pun disabitkan setakat ini – yang membawa kepada dakwaan kegagalan menangani masalah itu.