Itu adalah reaksi spontan Presiden Kebangsaan Pusat Khidmat Rakyat Malaysia, Datuk Malarvili Gunaseelan.
Beliau berkata, MIC merupakan salah satu parti yang pernah berjuang untuk kemerdekaan negara dan kini mempunyai kedudukan yang kuat dalam Barisan Nasional (BN).
“Tokoh-tokoh seperti Tun Sambanthan, Tan Sri V. Manickavasagam pernah bertanding di Sungai Siput, Kuala Klang dan menang selain mendapat jawatan dalam kementerian.
“Ketika zaman Datuk Seri Utama S.Samy Vellu, dari enam kerusi ke sembilan kerusi di parlimen diberikan kepada MIC,” katanya.
Katanya, kepimpinan MIC di bawah Datuk Seri Dr S.Subramaniam juga dilihat sering dikritik dan keadaan ini amat menyedihkan.
Beliau menambah, kenyataan Presiden myPPP Tan Sri Kayveas semalam yang berkata MIC bukan lagi parti besar dalam BN dan kebanyakkan ahli MIC sedia menyertai parti lain berikutan pemimpin dalam MIC mementingkan diri dan bukan lagi berkhidmat untuk rakyat.
Malah katanya, ada juga menteri UMNO mempersenda kemenangan Subramaniam di Segamat dengan kemenangan hanya lebih 1,000 undi.
“Maka, Subramaniam perlu mengambil ia sebagai cabaran dan perlu menang 10,000 undi dalam PRU-14 bagi memastikan pihak yang mengkritik beliau tutup mulut,” katanya. –Makkal Osai