Malaikat tanpa sayap

AKU sering menerima pelbagai pertanyaan daripada individu, siswa-siswi, badan korporat yang ingin bersama-sama menyertai program membantu masyarakat terpinggir, gelandangan, miskin bandar etc tetapi tak tahu bagaimana nak mula?

Sebenarnya di ibu negara terutamanya dah banyak NGO yang membuat kerja-kerja amal ni. Bezanya diantara mereka ada yang hanya sekali-sekala, ada yang bermusim dan ada konsisten. Untuk itu bagi yang belum tahu aku perkenalkan sebuah NGO yang aku perhatikan sangat konsisten dalam menjalankan kerja-kerja sukarela dan bakti mereka. Mereka ini gelarkan diri mereka The Traveller – boleh pergi ke page mereka kalau nak tahu lebih lanjut.

Kalau dulu mereka memberi nasi dan makanan kepada golongan homeless, sekarang ini mereka dah ‘bertukar’. Tiada lagi agihan dinner seperti sebelumnya. Sekarang ini The Traveller buat pendekatan lain. Mereka gantikan dengan memberi sabun/ubat gigi/ berus, ubat nyamuk. Pemberian mineral water diteruskan macam biasa, tetapi nasi diganti dengan biskut dan buah-buahan supaya golongan ini boleh menikmatinya dalam tempoh yang lebih panjang – bukan sekadar nasi lauk yang habis di makan dalam satu malam sahaja.

Mengambil kira kemelaratan masyarakat Rohingya dan Somalia, The Traveller juga buat kempen menderma beras kepada mereka menjelang Ramadan yang bakal tiba. Kalau teringat nak bantu, aku sertakan poster mengenainya. Kalau nak tahu lebih dekat pasal The Traveller, korang boleh pergi ke page mereka di https://www.facebook.com/TheTravellerMY.

Sekali lagi pada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik student atau mana-mana badan korporat yang nak buat program CSR, boleh contact The Traveller dan InsyaAllah mereka akan menjadi fasilatator untuk membantu anda.

” SHARING IS CARING “

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai