Maklumat Scorpene selamat, tidak bocor

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, kebocoran melibatkan maklumat kapal selam yang didakwa media antarabangsa itu hanyalah membabitkan kapal selam yang dibina syarikat pertahanan Perancis itu untuk Tentera Laut India.

“Panglima Tentera Laut (Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin) memaklumkan kapal selam kita mempunyai spesifikasi berbeza berbanding negara lain dan kita percaya isu ini tidak menjejaskan operasi Scorpene di Malaysia.

“Bagaimanapun, kita sudah memulakan siasatan dan memberi tumpuan untuk memastikan kesahihan dakwaan itu serta tahap kebocoran maklumat terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini, hari ini.

Media Australia sebelum ini melaporkan kebocoran maklumat dokumen sulit mengandungi 22,400 muka surat yang mendedahkan secara terperinci kemampuan kapal selam Scorpene yang dibina untuk Tentera Laut India.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia