Majlis Raja-raja tolak Akta MKN 2015, dakwa Amanah

“Memorandum ini lebih kepada mohon perkenan Duli Yang Maha Mulia baginda, Raja-raja Melayu untuk menolak UNdang- Majlis Keselamatan Negara 2015.

“Oleh itu, memorendum ini satu penegasan demi masa depan negara bahawa Duli Yang Maha Mulia harus buat sesuatu keputusan tindakan yang lebih proaktif. Ini bukan masalah Raja-raja Melayu, ini masalah keselamatan negara,” tegasnya.

Menurut Salahuddin, dengan wujudnya undang-undang seperti, ia terbuka untuk disalahgunakan oleh kerajaan apabila merasa tergugat dengan kedudukan mereka terutamanya ketika keputusan pilihan raya tidak memihak kepada Barisan Nasional.

“Apabila kuasa darurat itu ada sepenuhnya di tangan perdana menteri, kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya beliau rasa tergugat? Terutama dalam isu-isu pilihanraya di mana mereka kalah atau menang tipis, maka hanya dengan dua, tiga kawasan Parlimen itu, mereka boleh isytihar darurat…Parlimen boleh digantung, Dewan Rakyat tidak boleh bersidang dan sebagainya.

“Sebab itu, Amanah melihat ini melibatkan kepentingan negara dan mengambil tanggungjawab menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri