Majlis Peguam tidak kisah terima dana Soros

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata, Soros bukan individu larangan dan pertubuhan OSF juga bukan organisasi larangan.

Justeru, beliau berkata, pihaknya hairan dengan kekecohan yang timbul dan memberitahu dana yang diterima itu digunakan hanya untuk sebuah kajian mengenai akses keadilan kepada pekerja asing di negara ini.

“Kita tidak faham kenapa kekecohan ini timbul, ia melampaui imaginasi yang penggunaan dana ini merbahaya kepada demokrasi berparlimen.

“Soros bukan seorang larangan (prohibited person), dan dana OSF itu mungkin datang dari seorang penyumbang (Soros) ataupun lebih ramai lagi.

“Ini adalah pengetahuan umum bahawa dia (Soros) seorang penyumbang kepada OSF yang kemudiannya mengawal dan menguruskan semua dana, kami hanya berhubung dengan OSF, kami tidak menyembunyikan apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan di Jalan Tok Guru di Kota Bharu pada Ahad. – Utusan Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia