Ini menyebabkan pengantin lelaki dari Kampung Peroh, Ajil, tidak dapat pergi ke rumah pengantin perempuan di Santong, Paka.
Ibu pengantin lelaki, Noraini Hasan, 60, berkata anaknya, Mohd Mahadir Hasanuddin, 30, dijadualkan dinikahkan pada jam 11 pagi.
“Tapi kawasan rumah kami dinaiki air awal pagi tadi. Jadi kami sekeluarga terpaksa tangguhkan majlis sehingga jam 1 tengah hari sebab keluarga kami tidak dapat bertolak lebih awal.
“Hujan lebat sejak petang semalam dan kami tak jangka berlaku banjir. Pada awal pagi sungai di kawasan rumah kami mula melimpah dan kawasan sekitar mula dinaiki air.
“Kami agak kelam kabut bila kereta sudah tak boleh keluar sebab keluarga semua masih berada di rumah.
“Tapi mujurlah anak saya sudah keluar awal dengan turut membawa barang hantaran, kemudian kami menyusul dengan mengharung air dan naik bot untuk ke jalan besar,” katanya.
Noraini berkata, tidak sampai dua jam, air mula melimpah dan jalan keluar dari rumahnya dinaiki air sehingga paras pinggang. – Bernama