Tun Mahathir membuat permohonan itu bersama dua yang lain iaitu bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Pengerusi UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Keputusan tersebut dibuat di dalam kamar dengan hakim membaca penghakiman 50 muka surat itu.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Abu Bakar Jais memutuskan isu percanggahan pembelaan Najib boleh dikemukakan semula sekali lagi apabila permohonannya untuk membatalkan saman itu didengar.
“Kami akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama ada memfailkan rayuan dan kembali ke mahkamah pada 4 Ogos ini untuk memaklumkan hakim mengenai keputusan kami,” kata Peguam Tun Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdullah.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun pula mengesahkan keputusan tersebut dan berkata Najib tidak perlu lagi hadir di mahkamah untuk disoal-balas.