Mahkamah Tinggi arah Jamal bela diri

Arahan itu dibuat selepas peguam Maria memaklumkan kepada timbalan pendaftar mahkamah Norfauzani Mohd Nordin bahawa mereka telah menyerahkan dokumen saman kepada Jamal, yang memimpin kumpulan Baju Merah.

Susulan itu, kata peguam Maria, Melissa Sasidaran, mahkamah mengarahkan Jamal memfailkan pembelaannya sebelum 2 Disember.

Maria pula harus menyerahkan jawapan balas kepada pembelaan itu sebelum 16 Disember.

Terdahulu Maria melalui peguamnya N Surendran dan Melissa Sasidaran memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Jamal sebagai defendan.

Melalui selaku plaintif pernyataan tuntutannya, Maria berkata, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Melayu mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 September lalu.

Maria turut mendakwa Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) mengeluarkan perkataan fitnah kedua dalam sidang media yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober lalu.

Plaintif berkata, perkataan fitnah itu kemudian disiarkan dalam media cetak dan elektronik serta di portal berita seluruh negara.

Perkataan fitnah itu katanya membawa maksud beliau seorang yang ganas dan tidak mematuhi undang-undang serta seorang ejen Daesh.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia