Mahkamah perintah presiden ISMA bela diri kes hasutan

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abdullah Zaik, 48, pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan Abdullah Zaik daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kedatangan kaum Cina dan British ke Tanah Melayu kerana pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadapnya.

Abdullah Zaik didakwa atas pertuduhan pilihan itu iaitu menerbitkan artikel berbaur hasutan yang bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’ melalui laman web www.ismaweb.net.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk tertuduh yang diwakili peguam Salim Bashir bagi membela dirinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar. Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dipanggil semasa perbicaraan yang bermula akhir tahun lepas. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia