Mahkamah arah Awie bayar nafkah anak RM4,000 sebulan

Memetik laporan Kosmo Online, hakim Syarie Che Saupi Che Husin membuat keputusan tersebut selepas mendengar dan mempertimbangkan semua keterangan daripada pihak plantif iaitu Rozana dan Awie sebagai defendan termasuk saksi-saksi mereka pada Isnin.

Jumlah nafkah tersebut bagaimanapun terbahagi kepada dua iaitu RM3,000 meliputi untuk makanan, minuman, pakaian, perubatan dan pelajaran bagi kedua-dua anak manakala RM1,000 untuk tempat tinggal.

Mahkamah turut memerintahkan bayaran nafkah tersebut perlu didepositkan ke dalam akaun kedua-dua kanak-kanak tersebut pada 5 haribulan setiap bulan.

Namun untuk perbelanjaan bagi dua perayaan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha mahkamah tidak menetapkan sebarang jumlah yang perlu dibayar kerana ia terpulang kepada hak defenden mengeluarkan belanja.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran