Beliau menyifatkan tindakan parti tersebut seolah-olah enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti yang diingini rakyat.
“Tidak wajar PAS tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah PAS mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.
“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidak sediaan PAS untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan (HARAPAN) atau PPBM,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.
Mahfuz merupakan satu-satunya pimpinan PAS yang hadir meskipun PPBM dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pimpinan PAS.
Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata kehadirannya kerana mendapat jemputan dari PPBM.
“Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan PAS dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya lagi
Jelasnya, tidak menjadi satu kesalahan bagi dirinya menghadiri apa juga program anjuran HARAPAN kerana beliau berasakan kehadirannya itu atas kapasiti rakyat Malaysia.