Bagaimanapun sumber Pakatan Harapan mula mendedahkan bekas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melobi untuk menjadi calon PM dan didakwa usaha kearah itu sedang dipergiatkan.
Bagaimanapun, satu kata muktamad dijangkakan tidak lama lagi selepas menerima nasihat bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini.
Dan keputusan itu dijangkakan diumum pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Harapan.
Isu siapa calon PM menjadi kritikal sejak permohonan semakan terakhir oleh Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes liwat telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 14 Disember lalu.
Ia mencetuskan kekeliruan dalam menentukan siapa yang akan menjadi calon PM sekiranya PH membentuk kerajaan di Putrajaya.
Kini pembengkang ditolak ke situasi membuat keputusan yang tepat dan muktamad dan wujud pendapat bahawa pembangkang tanpa menunggu Anwar perlu mengorak strategi menjelang PRU-14. – Malaysia Nanban