Mahathir permudahkan kerja UMNO – Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memujikan tindakan ‘gentleman’ Tun Mahathir dengan menubuhkan parti baru seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan berbanding berpolitik tanpa parti seperti sebelum ini.

“Terima kasih Tun M sebab dia isytihar secara berperaturan, berparti secara rasmi dan juga isytihar untuk tawan BN secara terbuka, itu lebih memudahkan kita.

“Malah ia satu perkembangan yang baik bagi amalan sistem berdemokrasi selain memudahkan untuk BN buat persiapan awal, kerana kita dah tahu nak lawan siapa pada pilihan raya nanti,” katanya kepada media.

Menurut ahli Parlimen Ketereh itu, penubuhan parti baru Tun Mahathir itu perlu dihormati daripada terus berada di dalam UMNO tetapi bersikap ‘tikam belakang’ dan berpura-pura ‘sayang’ kerana ia hanya memberi kesan buruk kepada perjuangan anak bangsa.

“Ini juga satu kejayaan buat Tun M kerana berjaya guna orang yang selama ini beliau telah tawan berkali-kali, berpuluh tahun PKR, DAP kalah kepada beliau dan kini kalah lagi sebab boleh duduk bawah Tun M dalam blok pembangkang.

“Dalam Umno hidup tetap diteruskan seperti biasa, mereka (Tun M, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah ‘musuh politik’ yang kita sudah kenal tiada perkara baharu. Kita kena mengalu-alukan mereka dan fikir itu lebih mudah sebab boleh kenal pasti siapa yang jadi pencabar Umno,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan Mahathir menubuhkan parti baharu tetap memberi kesan namun ia bergantung kepada Umno untuk mendepani cabaran tersebut dengan lebih berhemah.

“Kita kena sedia ‘antibodi’, kalau di luar sana ada ancaman ‘kuman selesema’ kuatkan antibodi, sekurang-kurangnya kita tahu nak berlawan dengan siapa. Ini normal, sebab kita dah tahu kelemahan dan kekuatan ‘musuh-musuh politik terbabit,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri