LUAS lapor polis isu pencemaran Sungai Semenyih

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pihaknya berkata bahawa perkara berkenaan harus diserahkan kepada polis untuk disiasat dan juga diambil tindakan lanjut.

“Biarlah (polis) siasat. LUAS dsudah buat laporan polis yang mana LUAS itu adalah agensi kerajaan negeri.

“Semua insiden ini berlaku di luar Selangor, semalam di Nilai, dan sebelum ini di Pahang. LUAS sudah ambil inisiatif buat laporan polis dan kita mahu pelaku pencemaran harus dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengecam tindakan Mohamed Azmin yang menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang krisis air yang melanda Semenyih.

Kata Noh, walaupun Barisan Nasional merupakan pembangkang di negeri Selangor, parti itu tidak akan sekali-kali menggunakan taktik kotor yang menyusahkan rakyat hanya semata-mata mahu menang pilihan raya.

Azmin sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan UMNO berhubung isu pencemaran air di Semenyih.

Dakwa Ahli Parlimen Gombak itu, kejadian pencemaran air sungai di negeri berkenaan dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir untuk menunjukkan kerajaan negeri lemah dalam mengurus air.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri