Pengurus Besar LPT2, Husni Md Yusuf berkata, sejak pihaknya mengambil alih pengurusan operasi lebuh raya itu dari kerajaan Terengganu sejak 15 Julai lalu, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan di situ.
“Antaranya adalah membaik pulih bahu jalan secepat mungkin di lokasi yang dikenal pasti, menjalankan kerja menaik taraf turapan jalan di 10 lokasi secara berperingkat mulai bulan ini.
“Selain itu, LPT2 juga secara berterusan mengadakan pemantauan dan membaik pulih pagar lebuh raya yang rosak di sepanjang lebuh raya sepanjang 10 kilometer untuk keselamatan orang ramai,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama pada Selasa.
Kenyataan itu adalah susulan kebimbangan orang ramai mengenai kadar kemalangan yang sering berlaku di LPT2 termasuk melibatkan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab di Km 395.4 dekat Ajil, petang, semalam. – Bernama