Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, ini berikutan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang ditutup pada Selasa.
Ia dikatakan akibat pencemaran bau yang dilakukan sebuah kilang haram beroperasi semula lewat malam tadi.
“Semasa tempoh pemulihan, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Menurutnya, pengguna dinasihatkan memuat turun aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terlibat.
Sila hantar alamat premis ke SMS 15300 untuk meminta bantuan bekalan air.