Lima warga Syria ditahan, dipercayai miliki bom tangan

Kesemua individu terbabit ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dalam satu serbuan di Cameron Highland, Pahang pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengesahkan penahan itu berkata, bom tangan yang dilihat kakitangan sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam adalah pemetik api berbentuk bom tangan.

Katanya, siasatan lanjut terhadap kesemua warga Syria terbabit mendapati mereka telah membeli replika itu di Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Port Dickson ketika melawat muzium terbabit.

“Tahniah STAFFOC @PDRMsia tangkap lima warga Syria di Cameron Highland. Rampas lighter (replika grenade) yang di lihat kakitangan hotel di Port Dikson semalam.

“Lima pelancong Syria ini telah beli replika itu di kawasan Muzium Angkatan Tentera di Port Dikson semasa melawat muzium ATM,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap