Lima rakyat Malaysia sah diculik kumpulan Abu Sayyaf

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Filipina.

“Saya sahkan mereka diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf dan setakat ini tiada sebarang tuntutan wang tebusan yang diterima daripada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita.

Beliau menutup program Trim & Fit 2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.

Kejadian itu disedari apabila sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Lahad Datu itu Isnin lalu.

Mereka yang diculik itu dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot berkenaan dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat, Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia