Lima lelaki ditahan pukul orang sehingga mati

KUALA LUMPUR: Lima lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan selepas disyaki memukul seorang lelaki sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Semenyih dan Beranang pada jam 2.05 pagi tadi dan direman sehingga 25 Februari ini.

Beliau berkata, menurut saksi kejadian yang berlaku sekitar 9.20 malam tadi, mangsa yang juga seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan berkenaan sebelum ditarik oleh sekumpulan lelaki dan dipukul.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dan Insp. Ammar Tahir di talian 018-2194013 bagi membantu siasatan. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap