LHDN nafi BR1M diawalkan sempena Aidiladha

Menerusi kenyataan, LHDN menyeru pihak yang membuat provokasi berkenaan menghentikan sebaran berita tidak benar itu serta merta.

“Justeru, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan mendukacitakan apabila ia disebarkan di media sosial.

“LHDN kesal dengan penyebaran kenyataan palsu ini dan menasihatkan ia dihentikan segera,” kata kenyataan itu.

“Sebarang semakan atau maklumat lanjut BR1M, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.,” petik kenyataan itu.

Terdahulu, berita mengenai pemberian mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diawalkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, kini tersebar luar menerusi laman sosial.

Viral berkenaan ditulis ‘Pemberian BR1M akan diawalkan pada bulan 9 sempena Hari Raya Aidil Adha (korban), BR1M akan mula dimasukkan ke dalam akaun penerima pada tanggal 05/09/2016, ini untuk meringankan beban kepada rakyat yang tidak lama lagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha (Korban). Bagi penerima baucer, anda boleh merujuk ke Jabatan Hasil yang berdekatan. Dari Jabatan Hasil Negara’.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia