LHDN larang Pokemon Go di semua premisnya

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, LHDN memaklumkan ketetapan ini diambil berikutan aplikasi permainan ini boleh mendedahkan premis LHDN dengan isu keselamatan termasuk keselamatan data dan maklumat.

“Larangan ini berkuat kuasa serta-merta kepada semua pegawai LHDN dan orang ramai yang berurusan di premis LHDN,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai larangan ini, boleh berhubung terus dengan Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-885436 atau usulkan sebarang pertanyaan melalui borang maklum balas LHDNM di pautan berikut: http://maklumbalas.hasil.gov.my/Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia