Lepas selesai siasat, saya nak letak kandungan ini untuk tatapan umum – KJ

Perkara itu dinyatakan selepas menyerahkan ‘pendrive’ dakwaan berkenaan di ibu pejabat SPRM pada Jumaat.

Ini kerana katanya dakwaan sudah menjadi perhatian umu sejak ia mula didedahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

“Saya serah kepada SPRM untuk buat siasatan dan beri pandangan. Cuma saya cadangkan lepas selesai siasat, saya nak letakkan kandungan ini untuk tatapan umum.

“Sebab kes ini kes kepentingan umum, ada banyak andaian telah dibuat. SPRM minta saya beri mereka masa dan siasat kandungan itu. Selepas itu baru boleh saya dedahkan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan kandungan pemacu pena tersebut di Ibu Pejabat SPRM.

Jelas Khairy belia kini terserah kepada pihak terbabit untuk menentukan sama ada wujud unsur rasuah dalam laporan berkenaan.

Ia katanya perlu disiasat secara teliti oleh SPRM meskipun isi kandungan pendrive berkenaan hanya berkisar mengenai teknikal berkaitan pengurusan bola sepak sama seperti kenyataannya sebelum ini.

“Kandungan pendrive sama seperti mana diserahkan kepada saya. Saya cuma buka dan baca. Pendrive sama saya telah serahkan kepada SPRM.

“Saya serah kepada SPRM untuk siasat dan keluarkan kenyataan. Biar mereka sebagai agensi bertanggungjawab buat siasatan berkenaan isu rasuah ini.

“Siasat dulu dan buat pengumuman sama ada kandungan ‘pendrive’ tu ada kes atau tak,” katanya.

“Saya juga minta mereka semak sama ada kandungan ‘pendrive’ itu telah diedit atau tak,” katanya.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2