“Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga.
“Kami sekeluarga akan berangkat ke sana pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Bagaimanapun Che Ta berkata, dia juga ada kejutan buat anaknya itu.
“Jika tahun lalu, saya menghadiahkannya jam tangan mewah, kali ini saya belum memberitahunya lagi,” katanya.
Sementara mengenai perkembangan kes kehilangan kereta Toyota Vellfire miliknya dipercayai dicuri di kediamannya di Subang USJ sekitar minggu lalu, Che Ta berkata, setakat ini belum ada perkembangan baru kerana pihak polis masih menjalankan siasatan.
“Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis saja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula,” katanya.