Lembu korban tak laris macam dulu

Itu luahan pemilik ternakan lembu daging, Mohamad Sharif Ghulam Nabi kerana ramai pelanggan memberi alasan masalah ekonomi dan kewangan menjadi halangan kepada mereka sekarang.

“Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini permintaan semakin berkurangan setiap tahun. Tahun ini (2016) merupakan tahun yang paling ketara permintaan berkurangan berikutan masalah ekonomi dan harga meningkat,” ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.

Menurut Mohamad Sharif, trend itu dirasai oleh semua penternak termasuk kepadanya yang sudah berpengalaman meneruskan perniagaan keluarga sejak 30 tahun lalu dan mempunyai ladang di pinggir ibu kota.

Beliau juga biasa dengan permintaan terutama bagi majlis akikah dan hari raya korban setiap tahun.

“Minat bermula dari mengikut bapa pergi uruskan lembu-lembu di ladang dan terus serius dalam bidang perniagaan dan ia perniagaan keluarga,” ujarnya.

Jenis lembu pedaging yang dibekalkan pihaknya ialah Lembu Lembu Baka Brahman, Lembu Baka Kedah-Kelantan, Lembu Baka Local Indian Dairy dan Lembu Baka Friesian Sahiwal.

Anggaran harga mengikut saiz dan cukup syarat untuk dikorbankan atau akikah dan harga bermula dari RM3,600 hingga RM4,000.

Sesiapa berminat boleh menghubunginya di talian 013-337 3580. – MG

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia