Lembaga pengarah baharu 1MDB adakan mesyuarat pertama

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan mempengerusikan lembaga pengarah dengan tiga anggota itu.

Ahli yang lain adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

Mohd Irwan berkata, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda akan memberi taklimat kepada ahli mengenai perkara berkaitan dana pelaburan strategik itu.

“Kami akan teruskan dari situ,” katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung 1MDB selepas melancarkan ‘The National Code Challenge’ di Kementerian Kewangan di Putrajaya, pada Selasa.

Lembaga Pengarah baharu itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada bulan lepas, selepas ahlinya sebelum ini secara rasmi meletak jawatan.

Mohd Irwan berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan idea bagi pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB dan cadangan Jawatankuasa

Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mengulas mengenai langkah rasionalisasi, Mohd Irwan berkata lembaga pengarah itu akan meneliti liabiliti dan aset 1MDB sebagai sebahagian daripada proses. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia