Lembaga Disiplin serah pada MT Umno putuskan kes ‘profail tinggi’

Susulan daripada itu kata Adnan, Lembaga Disiplin parti telah menulis surat kepada beliau supaya kes tersebut dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk diputuskan.

“Sebagai setiausaha agung, saya hanya akan bawakan apa yang telah ditulis kepada saya oleh Lembaga Disiplin iaitu agar perkara ini dirujuk kepada Majlis Tertinggi supaya membuat keputusan.

“Oleh kerana Lembaga Disiplin sendiri tidak mahu mengambil keputusan atas alasan ‘kes berprofil tinggi’ … tak kan kita nak diamkan.

“Jadi, sebagai Setiausaha Agung, saya cuma boleh bawa kepada MT untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semarak Komuniti 1Malaysia di Putrajaya hari ini.

Tegas Adnan keputusan tersebut tidak melanggar Perlembagaan Parti seperti yang didakwa oleh Muhyiddin baru-baru ini.

“UMNO sebagai sebuah parti berstrukutur akan sentiasa memastikan tindakan yang diambil adalah mengikut aturan sedia ada, dan sebagai bekas timbalan presiden UMNO, saya yakin beliau faham dan tahu tindakan tersebut sama sekali tidak melanggar mana-mana peraturan,” katanya.

Tambah Adnan, Perlembagaan Umno jelas menyatakan bahawa MT berhak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Majlis Tertinggi, malah ia juga boleh membuat keputusan-keputusan selain daripada apa yang tertera dalam tataetika parti dan perlembagaan.

Ditanya apakah MT akan membuat keputusan mengenai kes Muhyiddin dan Mukhriz pada mesyuarat yang dijangka berlangsung pada 27 Mei ini, beliau berkata tugasnya cuma membawa permintaan Lembaga Disiplin kepada MT, selebihnya terpulang kepada anggota mesyuarat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri