Lembaga Disiplin PAS siasat pemimpin sertai Bersih 5, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada aduan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.

“Terpulang kepada disiplin parti, sehingga ada pengaduan. Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena persidangan Dun di Wisma Darul Iman, pads Isnin.

Terdahulu, PAS menyatakan pendirian untuk tidak menghadiri Bersih 5 sebagaimana dijadualkan, 19 November lalu.

Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat PAS dikesan menghadiri himpunan tersebut bagi menyuarakan pilihan raya bersih dan adil yang diperjuangkan Bersih.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri