Lelaki warga Malaysia ditemui mati di Ho Chi Minh

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dikenal pasti sebagai Mohd Azhar Abdull Wahab.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata, polis Bandar Raya Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematian lelaki berkenaan.

Kementerian itu berkata, Pejabat Konsul Jenderal Malaysia dimaklumkan tentang kematian Mohd Azhar oleh Jabatan Hubungan Luar Negara Bandar Raya Ho Chi Minh.

“Sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya, Pejabat Konsul Jeneral terus menghubungi keluarga simati bagi menyampaikan khabar sedih itu. Para pegawai Pejabat Konsul Jeneral sedang berhubung dengan keluarga simati bagi menghulurkan bantuan dan sokongan,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia