Lelaki warga emas hilang di hutan

Mangsa, Sitimbang Asrail, 68, yang keluar dari rumahnya pada pukul 10 pagi dilaporkan tidak pulang seperti kebiasaannya iaitu kira-kira pukul 2 atau 3 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.09 tengah hari ini.

“Setakat ini, usaha mencari dan mengesan mangsa sedang giat dilakukan di kawasan kebun yang jaraknya hanya 500 meter dari rumah mangsa,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia