Lelaki tunjuk isyarat lucah diminta serah diri

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang mengenai tindakan lelaki yang dipercayai mengaibkan dalam kejadian yang berlaku semalam kira-kira pukul 10.45 pagi itu.

“Ekoran itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

“Kita menyeru individu berkenaan supaya tampil berjumpa Inspektor Mohd. Azimi Azman di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki tersebut boleh menghubungi pihak polis,” katanya pada Rabu.

Beberapa keping gambar menunjukkan seorang pemandu lelaki yang didakwa memotong barisan di sebuah tol serta menunjukkan isyarat lucah kepadanya sehingga menjadi tular di Facebook.

Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik di Twitter memaparkan muka pemandu terbabit dan nombor pendaftaran kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandunya.

Susulan itu, akaun Twitter PDRM @PDRMsia hari ini telah memuat naik satu status meminta mangsa membuat laporan polis.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap