Lelaki serang penjara Alor Setar, lepaskan 10 das tembakan

Mohd Fitri Abdul Zaman, 31, berkata kejadian 10.45 malam itu berlaku ketika dia sedang bertugas di balai pengawal penjara itu sebelum menyedari kehadiran dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

“Masa kejadian saya sedang duduk di dalam balai pengawal sebelum menyedari sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berhenti kira-kira 10 meter dari balai pengawal sebelum seorang daripada suspek turun dan melepaskan enam das tembakan.

“Suspek turut melepaskan empat das tembakan lagi ke arah dua pegawai yang berada di menara kawalan berhampiran. Selepas itu suspek terus menaiki motosikal dan beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia