Lelaki Sengaja Langgar Mahu Ganti Rugi Telah Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis Pulau Pinang telah menahan lelaki yang dikesan sengaja mencetuskan kemalangan jalan raya dengan niat meminta wang sebagai ganti rugi.

Menurut laporan, lelaki berusia 41 tahun yang juga penganggur dicekup pada 7.43 malam di Changkat Bukit Gambir 1, Gelugor, pada Ahad.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau iaitu lima membabitkan jenayah, manakala lapan berkaitan kes dadah.

“Kita sudah lengkapkan kertas siasatan serta serah kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut.

“Susulan itu, kita terima arahan bagi mendakwa suspek di mahkamah pada Khamis ini mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dipercayai mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon, dan Bukit Gambir.

Video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja berbuat demikian dengan melanggar kenderaan lain, sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Suspek kemudian meminta ganti rugi antara RM30 hingga RM100.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia