Lelaki mengamuk bunuh adik, ibu saudara direman seminggu

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret di Sik pada Isnin.

Suspek yang berpakaian lokap dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dan beredar pada pukul 9.46 pagi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat.

Katanya, kedua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi semalam seorang lelaki berusia 32 tahun bertindak memukul sehingga mati adiknya yang lumpuh dan ibu saudara mereka yang cuba menenangkan suspek.

Kejadian itu mengakibatkan Muhammad Azwan Wahab, 26, yang lumpuh dan Rokiah Abdullah, 54, maut akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala dipercayai dipukul dengan kayu, pengukur kelapa dan bata, memetik laporan Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap