Menderita zakar tersepit magnet

Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, lelaki berusia 45 tahun itu cuba melakukan terapi magnet bagi masalah prostat yang dialaminya apabila magnet berkuasa tinggi itu terkunci secara tidak sengaja, yang menyebabkan buah zakarnya tersepit.

Beliau terpaksa diselamatkan sepasukan anggota bomba dan pegawai perubatan. Pasukan bomba dan anggota tentera dilaporkan bertindak balas kepada panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, tetapi tidak dapat mencari cara paling selamat menanggalkan magnet berkenaan.

Lelaki terbabit dimasukkan ke Hopital Pok Oi di Bandaraya Zhongshan, yang menyaksikan pasukan perubatan yang kebingungan melakukan beberapa kaedah menanggalkan alat itu termasuk mendapatkan khidmat nasihat pengeluar magnet.

Pasukan bomba akhirnya memutuskan untuk menggunakan gunting hidrolik yang kelihatan menakutkan dalam usaha memusnahkan kuasa penarik magnet itu. Selepas itu, pemeriksaan perubatan mengesahkan lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan besar, selain kecederaan kecil pada kulit.

Terapi magnet adalah satu bentuk perubatan alternatif yang menggunakan lapangan magnetik untuk memanipulasi aliran darah dan memberikan kelegaan kepada kesakitan.

Beberapa pengguna media sosial China berkata pengalaman malang lelaki itu menunjukkan orang ramai perlu menjauhi amalan perubatan Cina manakala yang lain mempersoalkan mengapa beliau perlu mengambil risiko meletakkan magnet pada bahagian tubuh paling sensitif. – Agensi

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun