Lelaki maut terjatuh di Bukit Tabur

Lelaki berusia 49 tahun itu yang mula mendaki pada 8 pagi dikatakan terjatuh ketika hendak turun daripada bukit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis, polis belum memaklumkan identiti mangsa yang beralamat di Teluk Gadong, Klang.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 10.15 pagi.

“Sejurus menerima panggilan, lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan untuk misi menyelamat,” katanya ketika dihubungi.-Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap