Lelaki mati ditetak diperkarangan rumah

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Raymond, ditemui oleh ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah rendah di Laluan Temenggong di sini kira-kira pukul 7.33 pagi Rabu.

“Lelaki itu, dari Buntong, ditemui terbaring berlumuran darah dengan keretakan di kepala.

“Berdasarkan siasatan awal, barang-barang berharganya seperti telefon bimbit dan dompet itu tidak terusik,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian jenayah.

Walaupun kesan darah mencadangkan bahawa mangsa telah berlari jauh sebelum sampai ke kawasan rumah, terbabit, Chang Keong tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan.

“Kami sedang menyiasat kes itu sebagai kes bunuh, dan kami akan mencari saksi sekitar kawasan,” katanya. –mStar

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia