Lelaki mahu 100 anak, jamin tempat ke syurga

Bapa berusia 43 tahun yang sudah mempunyai 35 orang anak daripada tiga isteri itu, kini bersedia untuk berkahwin dengan seorang lagi wanita untuk mempercepatkan misinya itu.

“Saya mahu mempunyai 100 kanak-kanak, seperti mana sabda Rasullullah, bahawa mereka yang meningkatkan bilangan pengikut (agama Islam) tidak akan masuk neraka.

“Dengan izin Allah, anak-anak saya akan membantu saya pergi ke syurga,” katanya seperti dilapor akhbar Pakistan, DAWN ketika ditemui di kampung halamannya di Quetta, Pakistan.

Tiga isteri Muhammad, Bibi Naz Gul, 32, Noor Bibi, 28, dan Hayat Bibi, 25 telah melahirkan 14 kanak-kanak dan 21 kanak-kanak perempuan setakat ini.

Walaupun dua isterinya masing-masing baru sahaja melahirkan seorang kanak-kanak perempuan beberapa minggu lalu, Jan telah merancang untuk berkahwin seorang lagi.

“Semakin besar keluarga, lebih baik,” katanya.

“Saya berharap untuk mengambil seorang isteri yang keempat dan saya boleh berkahwin tidak lama lagi,” tambahnya lagi.

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun