Lelaki kelar leher kanak-kanak 12 tahun depan ibu

Semasa bertengkar dan merayu untuk kembali semula kepada bekas kekasihnya, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Huang mengelar leher kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak kepada wanita itu.

Insiden berlaku pada jam 8 malam waktu Tainan, Taiwan.

Menurut SETN, kanak-kanak itu cuba meleraikan pergaduhan di antara ibu serta lelaki berkenaan, namun lelaki berkenaan terus menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan.

Ibu mangsa cuba berunding supaya melepaskan anaknya, namun lelaki itu enggan dan terus mengelar leher kanak-kanak itu.

Insiden itu kemudian disedari jiran mangsa yang terdengar jeritan wanita itu, namun suspek telah melarikan diri dan kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan menerima 8 jahitan.

Polis sedang memburu suspek.

Sebelum ini, seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan dipenggal oleh seorang lelaki 33 tahun di hadapan ibu kandung dan datuknya sendiri. – Sinar Harian

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah