Lelaki kebas pakaian dalam wanita dicekup

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang di Jalan Bukit Idaman, Selayang.

“Suspek mengaku melakukan kes pecah rumah di kawasan kondominium HillView Loft. Dia juga mengaku melakukan kes pecah rumah di kawasan sama pada bulan Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut dirampas daripada suspek ialah sebuah laptop, sebuah telefon bimbit, serangkai kunci kereta dan pelbagai pakaian dalam wanita.

Abdul Wahib berkata siasatan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dengan kes lain di Batu Pahat.

Dalam kejadian pecah masuk pada 23 Ogos itu, mangsa yang merupakan seorang agen insurans kerugian RM59,000.

Abdul Wahib berkata suspek dipercayai memotong kunci mangga pada pintu gril rumah wanita berkenaan sebelum membuka pintu utama rumah yang tidak berkunci itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia